Sistem e-Pengurusan Stok dihasilkan dengan tujuan untuk proses pengkomputeran pengurusan stok, bagi menggantikan proses yang sebelum ini dijalankan secara manual. Pengurusan stok secara elektronik dapat mengurangkan kemungkinan ralat yang berlaku akibat kecuaian semasa proses dokumentasi (manual).
Sistem e-Pengurusan Stok merupakan satu aplikasi pengurusan rekod data yang merangkumi pelbagai fungsi seperti penerimaan, merekod stok, penyimpanan, pengeluaran, pelupusan, kehilangan dan hapus kira dan penjanaan laporan.
Sistem e-Pengurusan Stok merupakan satu pembangunan sistem aplikasi berasaskan web yang menggunakan sistem pelayan-pelayar dengan pelbagai fungsi untuk pengurusan stok, peruntukan stok, kawalan stok serta dapat mengesan kehilangan dan hapus kira.
Sistem e-Pengurusan Stok menggantikan proses pengurusan stok secara manual kepada sistem pengkomputeran yang lebih sistematik.
No comments:
Post a Comment